RSS

Wanita dan Batang Paip

Sebulan lepas, ketika kami berada di Ipoh, kami membawa mak hubby ke rumah Ustaz yang mampu mengubati penyakit yang berkaitan dengan tulang dan urat. Waktu tu, mak mertua tak mampu berjalan.

Sementara menunggu tuan rumah membuka pintu, aku terlihat seorang wanita memegang sebatang paip yang panjang dan sebesar lengan(Dalam remang2 malam berpandukan cahaya lampu jalan aku nampak macam batang paip sebab ia bulat.) Aku perhatikan ada 2 orang kanak2 mengekori beliau. Beliau berjalan dengan laju. Setelah menghantar kanak2 tadi ke rumah mereka, dengan pantas pula pulang ke rumah dan sempat juga dia menegur kami(rumah kanak2 tu selang 3 rumah dari rumah wanita tadi. Rumah ustaz berada di tengah2)

Baru aku sedar bahawa batang paip tersebut adalah sebagai langkah keselamatan.

Kalau korang masih ingat lagi dan baca Harian Metro, dalam 1 bulan atau 2 bulan yang lepas, negara kita digemparkan dengan satu kejadian dimana seorang wanita, orang gaji indonesia dan anak kecil terbunuh kerana di tikam oleh lelaki yang ingin merompak. Lelaki tersebut dalam pengaruh dadah. Dapat di tangkap oleh suami wanita tersebut. Dan kejadian ni berlaku di Ipoh.

Kisah tersebut di dalam ingatan sebab mangsa adalah kenalan rapai kakak hubby.

Kita patut contohi wanita tadi. (Walau hanya selang 3 buah rumah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Followers