RSS

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Bahang raya terasa yang amat. Hari ni, walaupun kerja, hati dah menyusun pelbagai kerja2 rumah yang belum dilaksanakan.

Jika ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terumpat dan sebagainya, harap2 sangat dimaafkan. Untuk korang, aku dah maafkan. Harap tiada tercalit pedih dan dendam lagi di hati masing2.

Kad Raya pertama dan terakhir untuk tahun ni, aku terima dari Nora. Memang betul2 surprise.. sebabnya, zaman IT ni, dah ramai yg tak pakai kad lagi. Thanks Nora!

kad

Lagu Raya favourite aku sepanjang zaman. adalah lagu Suasana Hari Raya- Anuar dan Elina dan Seloka Hari Raya - Hail Ameer dan Uji Rashid. Sampai caller ringtone pun aku pakai lagu dia org! hehe..

Kemana raya pertama korang? aku di Sepang belah aku sendiri. Raya kedua baru balik Ipoh.

Selamat Hari Raya!raya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita dan Batang Paip

Sebulan lepas, ketika kami berada di Ipoh, kami membawa mak hubby ke rumah Ustaz yang mampu mengubati penyakit yang berkaitan dengan tulang dan urat. Waktu tu, mak mertua tak mampu berjalan.

Sementara menunggu tuan rumah membuka pintu, aku terlihat seorang wanita memegang sebatang paip yang panjang dan sebesar lengan(Dalam remang2 malam berpandukan cahaya lampu jalan aku nampak macam batang paip sebab ia bulat.) Aku perhatikan ada 2 orang kanak2 mengekori beliau. Beliau berjalan dengan laju. Setelah menghantar kanak2 tadi ke rumah mereka, dengan pantas pula pulang ke rumah dan sempat juga dia menegur kami(rumah kanak2 tu selang 3 rumah dari rumah wanita tadi. Rumah ustaz berada di tengah2)

Baru aku sedar bahawa batang paip tersebut adalah sebagai langkah keselamatan.

Kalau korang masih ingat lagi dan baca Harian Metro, dalam 1 bulan atau 2 bulan yang lepas, negara kita digemparkan dengan satu kejadian dimana seorang wanita, orang gaji indonesia dan anak kecil terbunuh kerana di tikam oleh lelaki yang ingin merompak. Lelaki tersebut dalam pengaruh dadah. Dapat di tangkap oleh suami wanita tersebut. Dan kejadian ni berlaku di Ipoh.

Kisah tersebut di dalam ingatan sebab mangsa adalah kenalan rapai kakak hubby.

Kita patut contohi wanita tadi. (Walau hanya selang 3 buah rumah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Futsal..


Waktu ni.. Saat ni.. (July 17, 09 - 9 mlm) aku tengah menyaksikan hubby ku bermain futsal. Dah semacam suatu kewajipan aku mengikut dia bermain futsal.. Mana tak nye.. Kami berulang alik dari rumah ke tempat kerja bersama2. Tu pun sebab nak menjimatkan kos minyak kereta. Nak tanak, kena ikut jugakkan. hehe


Hubby aku akan bermain futsal setiap minggu bersama2 rakan sekerja. Kos gelanggang futsal ditaja oleh majikan mereka. Merata2 gelanggang mereka pergi. Bangi, Cyberjaya, Putrajaya.. Bagus la.. bukan senang nak ada aktiviti sesama rakan sekerja. (Sebab tiada aktiviti seumpama itu kat opis aku)


Kalau dulu, sebelum berkahwin, aku selalu dengar dan lihat kawan2 perempuan aku mengikut BF masing2 ke futsal. Terdetik juga rasa cemburu.. Almaklum lah.. aku takde BF masa tu. hehehe


Nota kaki: BF - boyfriend.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pohon Maaf..

Harap maafkan aku.. sekian lama aku membiarkan blog ni tanpa sebarang cerita. Aku pasti setiap kali teman2 melayari blog ni .. mesti dengan perasaan yg sedikit 'ralat'. Mana tak nye .. takde cerita yang di paparkan..

Aku akan cuba 'menghidupkan' kembali blog ku sendiri ni. Sebenarnya, sepanjang minggu2 sejak blog bertajuk "Three Scoop Sundae", macam2 idea dan cerita yang ingin ku paparkan. Tapi, sentiasa kesuntukan masa. Insyaallah.. aku akan paparkan sedikit demi sedikit.

Maaf sekali lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers