RSS

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Bahang raya terasa yang amat. Hari ni, walaupun kerja, hati dah menyusun pelbagai kerja2 rumah yang belum dilaksanakan.

Jika ada yang tersilap kata, terkasar bahasa, terumpat dan sebagainya, harap2 sangat dimaafkan. Untuk korang, aku dah maafkan. Harap tiada tercalit pedih dan dendam lagi di hati masing2.

Kad Raya pertama dan terakhir untuk tahun ni, aku terima dari Nora. Memang betul2 surprise.. sebabnya, zaman IT ni, dah ramai yg tak pakai kad lagi. Thanks Nora!

kad

Lagu Raya favourite aku sepanjang zaman. adalah lagu Suasana Hari Raya- Anuar dan Elina dan Seloka Hari Raya - Hail Ameer dan Uji Rashid. Sampai caller ringtone pun aku pakai lagu dia org! hehe..

Kemana raya pertama korang? aku di Sepang belah aku sendiri. Raya kedua baru balik Ipoh.

Selamat Hari Raya!raya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita dan Batang Paip

Sebulan lepas, ketika kami berada di Ipoh, kami membawa mak hubby ke rumah Ustaz yang mampu mengubati penyakit yang berkaitan dengan tulang dan urat. Waktu tu, mak mertua tak mampu berjalan.

Sementara menunggu tuan rumah membuka pintu, aku terlihat seorang wanita memegang sebatang paip yang panjang dan sebesar lengan(Dalam remang2 malam berpandukan cahaya lampu jalan aku nampak macam batang paip sebab ia bulat.) Aku perhatikan ada 2 orang kanak2 mengekori beliau. Beliau berjalan dengan laju. Setelah menghantar kanak2 tadi ke rumah mereka, dengan pantas pula pulang ke rumah dan sempat juga dia menegur kami(rumah kanak2 tu selang 3 rumah dari rumah wanita tadi. Rumah ustaz berada di tengah2)

Baru aku sedar bahawa batang paip tersebut adalah sebagai langkah keselamatan.

Kalau korang masih ingat lagi dan baca Harian Metro, dalam 1 bulan atau 2 bulan yang lepas, negara kita digemparkan dengan satu kejadian dimana seorang wanita, orang gaji indonesia dan anak kecil terbunuh kerana di tikam oleh lelaki yang ingin merompak. Lelaki tersebut dalam pengaruh dadah. Dapat di tangkap oleh suami wanita tersebut. Dan kejadian ni berlaku di Ipoh.

Kisah tersebut di dalam ingatan sebab mangsa adalah kenalan rapai kakak hubby.

Kita patut contohi wanita tadi. (Walau hanya selang 3 buah rumah)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Futsal..


Waktu ni.. Saat ni.. (July 17, 09 - 9 mlm) aku tengah menyaksikan hubby ku bermain futsal. Dah semacam suatu kewajipan aku mengikut dia bermain futsal.. Mana tak nye.. Kami berulang alik dari rumah ke tempat kerja bersama2. Tu pun sebab nak menjimatkan kos minyak kereta. Nak tanak, kena ikut jugakkan. hehe


Hubby aku akan bermain futsal setiap minggu bersama2 rakan sekerja. Kos gelanggang futsal ditaja oleh majikan mereka. Merata2 gelanggang mereka pergi. Bangi, Cyberjaya, Putrajaya.. Bagus la.. bukan senang nak ada aktiviti sesama rakan sekerja. (Sebab tiada aktiviti seumpama itu kat opis aku)


Kalau dulu, sebelum berkahwin, aku selalu dengar dan lihat kawan2 perempuan aku mengikut BF masing2 ke futsal. Terdetik juga rasa cemburu.. Almaklum lah.. aku takde BF masa tu. hehehe


Nota kaki: BF - boyfriend.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pohon Maaf..

Harap maafkan aku.. sekian lama aku membiarkan blog ni tanpa sebarang cerita. Aku pasti setiap kali teman2 melayari blog ni .. mesti dengan perasaan yg sedikit 'ralat'. Mana tak nye .. takde cerita yang di paparkan..

Aku akan cuba 'menghidupkan' kembali blog ku sendiri ni. Sebenarnya, sepanjang minggu2 sejak blog bertajuk "Three Scoop Sundae", macam2 idea dan cerita yang ingin ku paparkan. Tapi, sentiasa kesuntukan masa. Insyaallah.. aku akan paparkan sedikit demi sedikit.

Maaf sekali lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Three Scoops Sundae



On the way balik Ipoh last week aku dah teringin nak makan Baskin-Robbins. Kena la plak mintak izin hubby. Sebenarnya sebelum ni aku biasa makan bila lalu R&R Tapah. Tapi bila hubby dapat tau RM18, terkejut dia. kekeke..

Oleh kerana dah setahun tak makan, tu yang 'ngidam' balik. kekeke. Dapat la makan. Sori la tak ingat apa jenis aiskrim yang aku pilih. tapi ada 3 jenis. My favourite is chocolate. Of course la 2 scoops ada lah coklat.

Oh ye. hubby tak suka sgt makan. Dia makan sesudu jerk.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tegarkah aku ?

Hujung minggu baru baru ni, tinggal di rumah keseorangan.. Mula mula, rasa macam best, ye lar.. apa apa je buat sendiri.. bile jam dah menunjukkan pukul 12pm, kebosanan melanda.. nak menanti hingga malam dan esok pagi nye aku keje... rasa macam seksa amat! kebas kebas kaki dan tangan aku.. kepala aku sekali naik pening

Aktiviti pagi, banyak yang aku dah plan dalam kepala otak.. ye la .. sejak bujang hingga dah kawin.. belum lagi 'susun atur semula' perabot rumah supaya macam org dah kawin.. seperti biasa yang perlu diuruskan waktu pagi ialah.. basuh kain.. sidai.. sapu sampah.. tukar cadar.. dan macam2 lagi la urusan biasa..

bila perut dah main lagu rock, seluruh anggota badan aku bagi isyarat berenti buat keje... almaklumlah... rumah aku nih.. belum lagi ada stok2 makanan.. dan kalau abg ada pun.. mesti kite org mkn diluar.. (wife dia nih lom lagi ringan tulang nak memasak! erkk?!) dan kalo ada org nak dtg nanti.. macam mana plak ek? huhuh...

fikir fikir.. aku ada beli megi cawan semlm nye ..(pun disebabkan malas nak kuar break waktu keje) tahan le perut aku sampai ke petang.. petang tu .. petang ahad seperti biasa ada pasar malam.. berjalan la aku keseorangan ke pasar malam..

bila dah saban hari keseorangan.. nampak nye.. aku tak tegar la ditinggalkan sendiri.. uhuks!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wukong Kembali ??

Sape sape yang pernah tonton drama cina petang petang sekitar 5 tahun dulu .. gerenti kenal dgn nama wukong. hehehe ... kisah seekor monyet, seekor babi, seorg sami dan lupa lak lagi watak2 yg ada...

Rupe2 nye cerita wayang The Forbidden Kingdom adalah dari kisah wukong dlm drama. Wukong yang dilakonkan oleh Jet Li bersama Jackie Chan. Best cerita nih.. sbb aku suka watak wukong nih.. nakal sangat2!

Kisah seorang budak lelaki yang di amanatkan menyimpan sebatang kayu utk dikembalikan kepada pemilik asal. Ketika dibuli oleh gang budak jahat, budak lelaki ini tak pasal2 kembali ke zaman dulu.. dan perjlnan yg penuh kungfu bermula...

Kayu tu rupenye milik wukong. Dgn adanye kayu tu, wukong yg disumpah jadi patung dpt pulih kepada keadaan asal

Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang.

P/S: Citer pertama yang dpt persetujuan 2 belah pihak. Hubby dan aku.. muahahaha..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Streets King vs Evolusi KL Drift

Ahad lepas aku dan hubby menonton wayang di Mines. Oleh kerana kami mempunyai minat yang berbeza, abg gemar citer melayu dan aku pulak citer omputih. Abg cakap dia nak tengok KL Drift, aku dah mula moncong... abg kata lagi... tgk citer yg dia minat.. peh tu tgk cite yang aku minat.. aku pun setuju la.. Dlm banyak2 citer aku berminat tengok Streets King. Apa tak nye.. Keanu Reeve adoo.. *wink*

Streets King: Kami tengok citer ni dulu.. memandangkan masa tayangan 2 2 filem ni membolehkan kami tengok secara marathon.. Bagi aku.. citer nih best la jugak.. tapi citer ni kejam.. huhuh... asyik2 bunyi tembak.. trrrr trrrrrrr... trrrrrr... bingit tinge aku... takde can nak cakap terus bunuh.. tapi.. jalan citer menarik... walaupun bagi aku byk kabur pada awalnye..

Cite ni mengisah kan sepasukan polis yang melaksanakan undang2 tapi disebalik nya byk rasuah dan keganasan keatas polis sendiri. Keanu Reeve - dia tak tau yang ketuanye sendiri orang jahat. Dia mencari kebenaran benarkah bekas kawan sepasukan nye tikam belakang.

Dalam 5 bintang aku leh bagi 3 setengah..

Evolusi KL Drift: Citer ni.. almaklumla.. citer anak yusof haslam .. sgt2 la aku tak gemar..tapi terpaksa tengok... dah nama Drift.. tentu la pasal kete lumba... bertambahla bingit tinge aku sampai satu tahap aku tutup tinge... banyak sangat adegan kete lumba dan masa tayangan seolah2 di abihkan waktu lumba tu.. ngeeeenngg ngeeenggg... adoii!! Jalan citer dia boleh la.. satu kisah biasa di malaysia nih.. ada gangster raja dadah.. berlumba semata 2 nak melepaskan diri.. bagi aku ... kawan2 Zack (watak utama) semuanye bangang! kalo aku jadi kawan dia pun tensen!... dari 5 bintang.. aku bagi 3.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Poning poning!

Sejak ari selasa lagi aku dah rasa pening2.. time keje mcm lalok jerkk.. nak pk pun malas... semlm aku mintak balik awal... masuk kol 11 pagi.. kol 5 bos aku dah suh balik... kena replace hour..mlm tadi.. jadi migrain plak... ari ni.. aku mc terus.. pandang cahaya jer kepala aku sakit...

Dan.. aku masih lepak lagi umah nora nih.. hihihih.. semlm bermlm kat sini.. sesaje je.. plak nye... abg takde.. balik ipoh keje .. huhuh.. sekarang ni .. nak dok sorang pun ... rasa mcm tak best..

Bertambah plak lagi.. jiran rumah.. baru je bgtau.. ada org lelaki jenguk2 umah.. dia tanya aku. ada ke kawan lelaki kata nak datang.? aku kata takde.. lgpun.. rumah aku ni.. jarang2 ada org dtg... boleh kire la dgn jari.. plak nye .. menyewa dah hampir 6 tahun!.. lelaki tu tanya.. umah org bujang or kawin.. jiran aku kata kawin.. jiran aku tanya lagi.. ada hal apa.. dia kata takde apa .. terus blah... adeh!!

Memang kes pecah rumah ada je kedengaran area rumah aku tuh.. time tengahari .. time org pegi keje dia org buat keje ... huhuhh.. risau plak aku... bukan apa..risau la.. aku tinggal sorang.. bile dengar umah aku ada org tinjau.. lagi la risau...!

Harap2 .. takde apa yang berlaku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari ini Dalam Sejarah (8 Mac & 15 Mac 2008)

Tak dpt aku gambarkan perasaan aku jadi ratu sehari.. huhuh... semuanye berjalan lancar .. seperti yg diharapkan..

Biasanye.. kalau aku menghadiri majlis kawin kawan2 aku.. aku mesti sebak setiap kali selepas lafaz nikah... sampai anak buah aku tegur sebab ternampak mata aku bergenang masa adik aku nikah.. dia kata.. "mak teh nih... nanti mak teh kawin.. nangis teruk" huhuh... sampai camtu sekali kena kutuk..

Bila tiba time aku.. keadaan jadi kelam kabut.. sebab aku patutnye duduk kat tempat sanding.. tapi duduk lak tempat pengantin lelaki.. adehh... jadi gabra kejap .. rasa pelik pun ada bile duduk sorang2 kat pelamin.. sampai la adik ipar aku datang temankan..

Perasaan haru dan sedih tu tak muncul sebagaimana biasa.. hehehe..

Alih2.. aku gelak bila sekali lafaz keluar dari mulut suami aku.. sampai adik ipar aku tepuk lutut aku... muahahahaa... jadi mcm ni plak...

Tak lupa aku... pada teman2 yg hadir pada hari bersejarah nih... tanpa korang... tak lengkap rasanye majlis perkahwinan aku nih...terima kasih yang tak terhingga...

ipoh sepang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahun Baru ...

Assalamualaikum..
dah lama tak corat coret di blog aku nih.. rasa malas ada.. rasa cemburu pun ada.. tengok blog sebelah kiri dan kanan updated... huhu... time keje.. rasa payah nak update.. gusar di tegur sang boss.. ahaks! time cuti dan di rumah.. lagi la payah..

sebab takde internet connection.. teringin gak pasang.. tapi .. belum masanya.. ada "sesuatu" yg lebih besar yang perlu ku uruskan.. dimana ongkos yang perlu dilaburkan..
maaf la rakan2 sekalian.. hingga saat dan waktu itu .. mungkin jarang la dpt aku update kan blog nih.. mungkin setengah teman yg dah jemu masuk blog ni.. sbb tak update... huhuh.. jangan le jemu ye rakan taulan... tunggu.. dan tunggu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Lahir!! 26 September 1977

Pertama2 nye.. terima kasih byk2 buat teman2 yg ingat besday aku semlm.. hehe.. ada yg call tgh2 malam.. on the way ke opis.. ada yg sms.. tq2!! Tak terpk pun pasal besday ni.. ada yg tanya.. tak celebrate ke ? .. hmm celebrate? lama dah rasa nye tak celebrate.. yg terakhir.. rasa nye.. masa nora masih menyewa serumah dgn aku.. (ye ke? mcm ye)

lgpun.. hutang hadiah utk nora pun masih belum ku beli. huhuh.. segan plak nak sebut kat nora .. mcm takde masa.. al maklum lah.. sejak ada "teman baru" nih.. dah mls nak kuar jika tak berdua.. heheh :P hadiah tu dah terbayang.. nak pegi beli tu je belum 'dan' lagi..

Hadiah bermakna yg aku beli utk diri sendiri thn ni ada lah.. 'black horse' bak kata nora:p hahaha!

Erk!.. dah 30 aku nih..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 years old girl singing!!

Just nak share dengan korang..
Malam tadi bile boring2 aku baca forum cari.. one forumer bagi link video seorg budak perempuan, 6thn... menyanyi.. dia masuk contest Britain's Got Talent.. dia antara 4 peserta yg masuk Final..

Juri dari American Idol yg terkenal cerewet nye, Simon Cowell pun puji dia.. hehe!

Suara dia soooo sweet!!

1. Audition
2. Final

Enjoy!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek! ooh.. Kek!!

Dlm 2 3 ari nih asyik teringin kek jek.. plak tu teringat kek yg kat kg yg aku mintak mak aku tinggalkan utk aku.. heheh ..

Semlm lepas keje aku dgn nana pegi makan cheese kek.. Secret Receipe kat JJ Equine .. Kite org order minum
Espresso Macchiato cream foam added.. kek plak..marble cheese cake, brownies walnut and classic cheese cake.. slice yek.. bukan yg 1 kg tu.. hehe..

air dia pahit siutt!! mana la pernah minum air tu.. ingat kan ok.. huhuh.. aku tambah 3 pack gula tak leh lak menghilangkan rasa pahit tu.. aiseh! cawan dia cinonet jek.. ada la besar 3 kali ganda duit 50¢.
classic cheese cake - agak muak.. sbb ada cream..
marble cheese cake - marvelous! recommended
brownies walnut - mcm biasa la .. mesti best punye.. also recommended

TOTAL: bape ek.. lebih kurang RM29++

Lega rasanya, dah dpt mkn kek! .. hehehe..









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Engagement Day July 14, 2007

Setelah sekian lama akhirnye tiba hari yang aku nanti kan. Namun ada kisah sedih di sebalik kegembiraan.

Aku amik cuti start 11 July. Mengenangkan mak ku yang sakit, aku amik cuti awal. Tiba di rumah, aku lihat mak aku terbaring di katil. Dengan matanye yang bengkak sbb menangis mengenangkan dirinye yang sukar bergerak. Kaki mak sakit. Aku sedar mak aku risau mengingatkan hari kenduri yg akan tiba. Dan aku juga. Sebab takde tanda2 adik beradik ku akan balik awal. Mujur ada angah yg tinggal berhampiran. Mendengar keluhan mak cukup meruntun hati aku.. aku turut menangis.. Mak aku ingatkan aku jangan risau. Airmata ku keringkan.. aku kuat kan semangat demi mak.. Malam tu aku memasak utk mak ayah. Sesuatu yang jarang aku lakukan di rumah.

Esoknye, aku sapu lantai, mop lantai, kuarkan pinggan mangkuk utk kenduri.. manakala angah cat rumah dan memotong rumput diluar rumah.. Mak pula dari malam tu sudah cuba bangkit dari katil. Aku tau mak cuba utk sembuhkan kaki nye.. aku tau mak cuba untuk kuatkan semangat.. Dgn kaki nye yang terdengkut2 pagi tu.. dia ke belakang rumah utk membersihkan tempat utk memasak. Menjelang malam aku sediakan air suam utk mak rendamkan kaki. Aku berharap mak sembuh cepat.. Malam tu aku sakit kepala dan kaki.. sebab jarang melakukan kerja rumah sejak kerja opis menuntut mengorbankan sebahagian besar waktu.

Esok nye, uda dan kakak ipar pulang. Syukur jugak la ada teman mak di rumah. Aku terpaksa ke Puchong utk mengambil kek yg ku tempah dan dulang yg di sewa. Dan juga membeli barang utk kali terakhir..
Rupanya adik ku juga balik membantu kerja2 mengemas rumah yg masih belum selesai.

Malam nye, along balik dgn anak2 nye.

Aku tak mahu ingatan terhadap org yg pernah menyayangi ku dulu yg kini telah melupakan kami sekeluarga menganggu fikiran ku waktu ini. Aku bersyukur dgn org2 sekeliling yang ada..

SINAR KEGEMBIRAAN..

Malam tu, nana datang utk membantu aku membuat hantaran. Syukur la dia ada.. hehee... dapat la percepatkan kerja2 buat hantaran tu.. hampir 12 mlm.. nana balik hotel.. aku mengemas dan tido awal supaya aku tak letih esok ari nye..

Awal pagi tu .. aku menghabiskan membuat hantaran. Mak usu dan kuarga dtg pagi tu.. begitu jugak isteri along dan kuarga.. aku bertambah lega.. hampir 12.30 tengahari.. nana datang dgn keluarga,, suzi datang dgn suami.. aku bergegas mandi utk bersiap2.. sejurus lepas aku mandi.. mak andam pun dah sampai.. aku tak berdebar2.. rasa macam tak percaya jek aku nak di make up kan.. dan mcm tak percaya jek aku akan bertunang...

dalam pukul 1 ketika aku bersolek.. abang tepon aku .. katanye dia sudah sampai.. aku terkejut.. aku minta dia pergi ke pantai dulu... aku dah risau.. mak andam menyedari yang aku risau.. hehehe relax2! dia kata.. mana tak nye.. baru kol 1 .. majlis patut nye 2.30 pm! adeh!!

Kemudian abg lan (abg ipar bakal tunang) telepon.. dia kata panas nak tunggu situ.. dia nak jugak datang rumah.. aku kata ok lah.. datang je la.. huhuhuh

noor dgn kuarga datang.. miza dgn kuarga datang.. syukur la jugak ada kawan2 aku yg datang.. bagi yang tak dtg.. aku tak kisah.. dia org ada hal masing2..

dalam kol 2 lebih .. wakil pihak lelaki.. makcik, bakal mak mertua, kakak2 dia.. sepupu.. naik keatas utk menyarungkan cincin.. rasa mcm tak caya jek.. hehhe .. syukur la ada teman2 yg menemani...

setelah turun.. semua tanya mana satu tunang aku.. heheh .. ada yang aku bgtau.. ada yg aku tak bgtau.. hehheeh.. mak aku suruh rahsiakan .. ahaks!!!

nanti aku upload gambar masa tunang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyum dan Peramah


Aku bukan seorang yang peramah. Disebabkan ini, aku sering gagal dalam membina perhubungan baru. Susah! Mati kutu, kutu pun mati!!

Aku tak reti nak berhadapan dgn org baru. Tak pandai nak bercerita. Jenuh gak aku perah otak untuk bercerita.. Alih2 aku amik keputusan lebih senang berdiam diri. Dan oleh sebab itu.. takde sape yg akan bercerita panjang dgn aku.. Sepatah org tanya .. sepatah la aku jawab. Aduih!!

Orang baru yg tak mau mengenali aku lebih mendalam. Sering angkat kaki terlebih awal. Aku puas pk.. apa punca aku macam ni. Macam mana nak mengubah nye. Aku sering kalah kalau melibatkan eye contact. Sesaat pun aku susah nak bertentang mata. Pemalu sgt la aku nih. Kalo mcm ni.. orang tua2 pun aku tak pandai amik hati sampai bila2.

Mungkin aku patut ubah niat aku bile bertemu dgn org baru. Bersikap lebih terbuka. Hmm.. mungkin kah? mungkin la kot..

Senyum?

Aku sering diingatkan untuk senyum.. Lebih2 lagi Mrs. Daisy. Baru2 ni dia tegur aku. Samaada aku moody ke.. aku kata tak. Mood aku okay. Dia suruh aku senyum.. Kalo tak.. payah la org nak rapat. Memang betul dia cakap. Aku ni.. kadang2 mungkin lupa nak senyum..

Sekarang, aku mesti ingat kata2 Mrs. Daisy. Senyum! Jgn tak senyum.

La ni.. Kalo aku kemana2.. bibir aku mesti tak lepas tersenyum. Tak kira la org tu senyum kat aku ke tak.. aHakS!! Macam apa jek..

Kadang2 aku pk.. dah betul ke cara aku senyum? Macam mana aku senyum ek ? Kalo aku tgk muka aku kat cermin.. mmg la nampak mcm senyum.. tapi.. org lain pandang?

Huhuhuh.. tolong~ tolong!

So.. aku kena set kat mind aku.. Mesti Senyum!

Baik la Mrs. Daisy :P!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Versi 18SX

Orang kata, Hidup bujang tu untung. Ye ke?

Bagi aku, tak semestinye.. abih orang yg kawin tu.. rugi ke ?

Dah tentu tak semua rugi betul tak..

Hidup bujang bg aku, apa yg untung nye.. nak kemana2 takde org larang.. Oh tidak! aku tak leh.. ayah aku terlalu menyekat pergerakan aku.. Sementara aku bujang nih.. aku nak lihat dunia.. tanah mesia pun aku tak abih lawat.. so ? rugi la aku..

Keadaan aku sekarang, stabil. Ada kerjaya tetap, ada kenderaan sendiri, walaupun rumah sewa, still masih ada tempat berlindung kan..pendek kata, i have my own life.. part ni aku untung..

Bila hampir semua yg kite impikan tercapai, aku rasa mcm dah takde matlamat. Kecuali satu je la.. aku still bujang.. apa yg aku alami, sedih, marah, gembira, takde org yg boleh aku kongsi kan..

Satu lagi matlamat aku.. aku nak kawin.. tiap2 tahun .. azam aku... nak kawin.. ahaks!!

Masalahnye.. aku ni pompuan.. camne pun.. yg buat keputusan semua di tangan lelaki.. bukan aku..


hmm..


Hidup lepas kawin?

Memang diakui .. kawin.. byk tanggungjawab.. tapi sekurang2 nye.. kite tak keseorangan..

malam2 ada org temankan tido.. ahaks!! (bujang-> sape le nak belai kite memlm)

pagi2 sebelum keje.. ada yg kite nak raikan.. sarapan sama2.. cium tgn suami, suami cium dahi kite.. ni yang aku tunggu sangat2 (bujang-> gigit jari sendiri)

balik keje.. excited nak balik jumpa suami.. cerita panjang dgn dia.. buat air utk dia.. buat apa2 utk dia.. (bujang-> nak balik pun malas.. budak rumah kecoh la.. budak rumah tak syok la .. mcm2 hal )

Tgk la jugak.. kalo pasangan yg kite dpt tu.. byk bertolak ansur, berkerjasama dgn kite..

So.. kawin tu.. nikmat kan? Bujang mana datang nikmat tuh ? hehehe

Ini pandangan aku sbg org bujang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelawar

EEE.. tension.. 2 minggu lepas aku keje malam.. OFF ahad senin .. selasa.. balik keje pagi ahad tu.. terus membuta.. krohhhh .. krrroooh..

mlm nye dah celik.. syok le tgk TV whole nite.. kol 3 4 pagi dah start ngantuk.. tido la plak..

alih2.. minggu lepaih tu.. keje kol 1.. aku tak leh nak tukar bedtime .. giler.. ari2 tido kol 4 5 pagi..

Kelmarin..

hari senin aku keje kol 9 pagi.. dah le kena dtg awal sbb sorang member mc.. aku kena cover pagi.. petang kol 5 lebih aku cabut balik.. lepas mandi .. mata aku ngantuk giler.. apa lagi.. aku bedal tido sampai 8.30 pagi esok nye.. syok gilerr.... hik hik hik..


tapi .. yg sedih nye.. aku kena keje mlm balik minggu depan. . waaaaa! jadi kelawar dara balik la aku...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dunia Batinku


Aku mulakan blog aku dgn lagu nih...

Dunia Batinku (Ella & Tam Spider)

Selaluku bayangkan bagaimanakah
agaknya rasa ditempatmu
disamping kekasih yang membelai
hati dan perasaanmu oh kawanku

betul kan.. bila kita single.. teringin nak ber dua.. Tapi.. takkan nak tanya org kot.. syok ke tak cinta tu? syok ke ada org yg sering membelai jiwa raga kite? Bagi aku .. SYOK! hehehe

malu ku nak cerita
kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsiaku
biarlah tak siapa yang tahu
gejolak didunia batinku

Bila dah ber dua.. dah rasa macam mana itu cinta.. ada apa dgn cinta.. REALITI nya.. pahit dan manis.. manis tak semestinya berpanjangan.. yg pahit sering singgah dlm hidup kita..

zahir kau lihat bukan segala-gala
bibir tersenyum menutup jiwa yang luka
zahir kau lihat hanya antara lapis
mataku sinar bergenang tangis

hmm.. walau macam mana parah, hancur dan luluh hati dan jiwa kita.. REALITI mesti ditempuh.. hidup mesti diteruskan..

memang nasib bercinta
kerap terhenti disimpang hidup, rindu dan cahaya
kekasih yang setia
kekasih yang amat sempurna cintanya

demi cinta yang benar……

huhuhu.. time single nak bercinta.. time bercinta.. putus pulak di tengah jalan.. walau berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. aku, seboleh2 nye tak mau CINTA terhenti disimpang jalan.. sedangkan rindu, sayang dan kasih.. masih bersisa..

Aku harap.. perhentian itu sampai disini..


Apa gunanya rindu,
jika rindu dipandang sepi,
apa gunanya kasih,
jika kasih tak kesampaian,
apa gunanya sayang,
jika... org tak sudi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Followers